Friday, 1 November 2013 | 22:54 | 0 comments

Ingatan Kepada Muslimin Sekalian
Sunday, 11 August 2013 | 04:48 | 0 comments
"..Biarkan sekadar nama ramadhan Berakhir dizahir kita..Tetapi terus Istiqamahkan Amalan yang mampu pada bulan ramadhan pada bulan seterusnya kecuali amalan solat tarawih..Dan sesugguhnya itu adalah lebih baik.."
~♥~Sering hati ana berkata..
"..Lakukanlah amalan Puasa Enam itu..Kerana Ramai bersedih apabila berakhirnya Ramadhan..Tetapi sedikitnya yang mampu mengamalkan Puasa Enam itu.." **Benar ana wajib ambil dlu..=')
::♥::InnaAllaha Ghofururrahim::♥::
Sunday, 4 August 2013 | 09:03 | 0 comments
► Kesan ZIKIR terhadap otak manusia
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang ita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.
Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.
Sumber : Penawar.com
Jom berzikir

Tuesday, 9 July 2013 | 03:01 | 0 comments
Mengikut sesetengah pendapat, umur seperti ini perlu dimanjakan dan jangan sesekali dipukul. Sekiranya dia bersikap ‘degil’ sekalipun cuba la kaedah lain untuk mengurangkan degilnya itu. Kita dulu pun pernah melalui usia sebegini dan pernah bersifat degil(atau masih juga degil dah dewasa ni cuma cara nya berbeza kot). Antara kaedah yang boleh dicuba dan dipraktikkan adalah:
1. Cubalah cara ini:
Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar). Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun – ubun orang yang ingin anda nasihati. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.
2. Bacaan dari al-Quran yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak:
Membaca surah Thaha ayat 1-5
Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
Membaca bismillah 5 (3 kali )
3. Baca Ya Muqit berulang kali, kemudian tiupkan pada air dan bagi anak minum. Perlu selalu dibuat dan tawakal serta berserah pada Allah S.W.T.
4. Cara ini juga boleh dicuba
1) Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak sebanyak 3 kali.
2) Usapkan kepala anak dan berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
3) baca al-fatihah dan baca surah taha ayat 1-5, kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3kali. {“YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI”} dan hembuskan pada makanan/minuman.
5. Amalan yang baik dan senang untuk kita amalkan untuk melembutkan hati anak-anak dan supaya mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya.Baca ayat [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21] dan hembuskan pada ubun-ubun anak tiap-tiap pagi dan dan malam ketika anak hendak tidur.
“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.” [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21]
Kaedah2 ini bukan sahaja boleh dipraktikkan untuk mengurangkan degil untuk anak kecil, malah boleh dilakukan keatas semua peringkat usia terutama untuk orang yang kita sayang. InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T segala usaha kita akan berhasil.
Jom amalkan Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri

Tafsirnya: “Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”
Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.
Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali
ayat 19, surah as-Syura
Di sini, ingin berkongsi antara doa2 yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak sendiri.
Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

surah Ali Imran ayat 200
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah AliImran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

surah ar-Rahman ayat 1-4

surah al-Insyirah
Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ”
Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
Surah al-Furqan
Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud:“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

Ayat 40 & 41, Surah Ibrahim
Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”
Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.
إن شاء الله...

إن شاء الله...Saturday, 29 June 2013 | 01:47 | 0 comments
:: Jangan Minum Sambil Berdiri ::
Islam melarang umatnya minum secara sekali gus atau terus-menerus air di dalam satu tempat air, sebaliknya sunat membaca bismillah dan mengucapkan alhamdulillah serta hendaklah diminum dengan dua atau tiga teguk.
Larangan itu berasaskan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Jangan minum terus-menerus seperti cara binatang minum. Tetapi minumlah dua teguk, dua teguk dan tiga teguk, tiga teguk. Dan baca bismillah apabila kamu minum dan baca alhamdulillah apabila selesai meminumnya."
(Riwayat Imam Al-Tarmizi)
Islam juga menasihatkan umatnya daripada meminum air dalam tempat simpan seperti teko atau cerek dan sebagainya. Makruh meniup ke dalam air yang akan diminum sama ada air itu panas atau sebagainya. Ini menunjukkan Islam mementingkan kesihatan bagi umatnya dan mengajar supaya mereka tidak tergopoh-gapah untuk minum sehingga tiada kesabaran menunggu dan menanti air itu sejuk terlebih dahulu.
Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Imam Abu Hurairah, katanya: "Rasulullah s.a.w. telah melarang meminum daripada mulut tempat air minum seperti (botol, kendi, teko atau cerek dan lain-lain) atau terus dari paip air." Ini kerana, perbuatan sedemikian melanggar kesopanan atau melanggar adat minum yang diajar Rasulullah s.a.w. atau boleh menyebabkan jangkitan kuman yang membahayakan kesihatan umum. Ini jelas menunjukkan Islam mementingkan kesihatan serta kebersihan dan makruh pula meniup di dalam air minum atau bernafas di dalam minum.
Sebagai seorang Islam, adab minum dan makan hendaklah dipentingkan terlebih dahulu supaya orang lain dapat mengambil iktibar dan contoh yang baik sesuai dengan kelakuan sebagai insan yang diciptakan sebagai khalifah muka bumi. Islam juga menegah umatnya minum atau makan sambil berdiri. Ini ditegaskan dalam hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud: "Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu membiasakan minum berdiri. Siapa yang terlupa hendaklah dia memuntahkan kembali minuman itu."
Islam melarang umatnya daripada meminum atau memakan terlalu kenyang kerana banyak penyakit yang akan datang apabila perut terlalu kenyang atau terlalu penuh, sama ada dengan minuman atau makanan, sebaliknya hendaklah satu bahagian dikosongkan supaya dapat bernafas dan berfikir. Ini dijelaskan kepada hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Al-Tirmizi yang bermaksud:
"Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih mencelakakan dirinya selain daripada perutnya. Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (bagi menahan kelaparan dan untuk berdiri beribadah). Jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah bahagikan perut kepada tiga bahagian, satu untuk makanan, satu untuk minuman dan satu lagi kosongkan untuk bernafas."
Thursday, 27 June 2013 | 03:20 | 0 comments
Rahsia Sunnah Larangan Meniup Air Panas "Hadits Abu Sa'id Al-Khudri Radliyallah 'Anhu, Bahwa Nabi melarang untuk meniup di dalam air minum." (HR. At-Tirmidzi no. 1887 dan beliau mensahihkannya)
Jadi meskipun panas, kita jangan meniup makanan atau air minum. Nabi melarang para sahabatnya meniup air panas yg akan diminum... Ternyata, dalam penelitian Science... Air panas (H2O) bertemu karbondioksida (CO2) yang dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2), maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3, asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk kedalam tubuh manusia, maka bisa mengakibatkan penyakit jantung. SUBHANALLAH, Akankah kita masih meniup air panas?
Thursday, 6 June 2013 | 23:00 | 0 comments